Peperiksaan Pegawai Psikologi S41

Belajar SEO PontianPeperiksaan Pegawai Psikologi S41. Mungkin ramai yang tidak menyangka Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengadakan peperiksaan bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 pada 25 mac 2015. Tetapi itulah kenyataannya. Ini merupakan exam online yang pertama pada tahun 2015 ini.

Format peperiksaan pada tahun 2015 ini tidak banyak berbeza dengan peperiksaan online Pegawai Penguasa Kastam W41 yang diadakan pada tahun 2014. Format peperiksaan dibahagikan kepada tiga seksyen sebagaimana dinyatakan dibawah ini:

  • Seksyen A – Pengetahuan AM
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C – Ujian psikometric

Mengikut maklumat yang diterima daripada calon waktu untuk menjawab soalan peperiksaan seksyen A akan berlangsung selama 40 minit bermula daripada pukul 8.00 malam hingga 8.40 malam pada 25.03.2015.

Waktu menjawab soalan peperiksaan seksyen B iaitu bahagian daya menyelesaikan masalah bermula pada pukul 8.55 malam hingga 9.40 malam. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan adalah selama 45 minit.

Manakala waktu menjawab soalan seksyen C iaitu ujian psikometric pula akan bermula pada 9.55 malam hingga 10.25 malam.

calon-calon juga telah diberikan link yang perlu dilayari untuk menjawab exam online tersebut beserta dengan angka giliran.

Seksyen A – Pengetahuan Am
Soalan-soalan yang bakal ditanya lebih menjurus kepada maklumat tentang psikologi dan juga kaunseling. Sebagai bakal Pegawai Psikologi S41, acalon perlulah mengetahui secara detail mengenai tugas-tugas sebagai seorang Pegawai Psikologi, Visi dan misi samada jabatan ataupun bidang.

Calon perlulah banyak membaca mengenai isu-isu semasa, teknologi maklumat dan juga apa jua perkara yang melibatkan hal pentadbiran awam, sosial ,psikologi dan juga kaunseling.

Seksyen B – Daya menyelesaikan masala
h

Seksyen B merupakan seksyen yang paling sukar sekali kerana ada melibatkan pengiraan secara matematik dan juga statistik. Calon yang mempunyai daya kemahiran mengira mempunyai kelebihan. Soalan yang ditanya adalah setaraf dengan pendidikan di peringkat sijil pelajaran Malaysia.

Ada tiga cara menyelesaikan masalah yang perlu anda praktikkan semasa menjawab peperiksaan Pegawai Psikologi S41. Antaranya ialah:

  • Kemahiran Logik.
  • Kemahiran Menginterpretasikan Data.
  • Konsep Matematik.

Seksyen C – Ujian Psikometric
Ujian ini memang sesuai dengan jawatan yang dipohon oleh calon sebagai seorang Pegawai Psikologi S41. Anda akan dipsikokan dengan jawapan YA ataupun TIDAK. Kebanyakan calon yang dipanggil untuk menghadapi peperiksaan online telah mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dalam bidang psikologi. Tetapi seksyen ini juga telah berjaya menggagalkan ramai calon. Penjelasan lanjut anda boleh rujuk di artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41.

Advertisements

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: