Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

Belajar SEO PontianPeperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 . Tarikh 15 April 2015 merupakan hari yang mendebarkan bagi kebanyakan calon yang terpilih untuk menduduki exam online bagi jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27. Tarikh tersebut telah diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia melalui laman facebook milik SPA.

Format peperiksaan online pada tahun 2015 ini tidak banyak berbeza dengan peperiksaan online Pegawai Psikologi Gred S41 yang telah diadakan pada 25 mac 2015. Format exam online ini dibahagikan kepada tiga seksyen:

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  3. Seksyen C – Ujian psikometric

Mengikut maklumat yang diterima daripada calon waktu untuk menjawab soalan peperiksaan seksyen A akan berlangsung selama 40 minit bermula daripada pukul 8.00 malam hingga 8.40 malam pada 15.april.2015.

Waktu menjawab soalan peperiksaan seksyen B iaitu bahagian daya menyelesaikan masalah bermula pada pukul 8.55 malam hingga 9.40 malam. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan adalah selama 45 minit.

Manakala waktu menjawab soalan seksyen C iaitu ujian psikometric pula akan bermula pada 9.55 malam hingga 10.25 malam.

calon-calon juga telah diberikan link yang perlu dilayari untuk menjawab exam online Penolong Pegawai Penerangan S27 beserta dengan angka giliran.

Seksyen A – Pengetahuan Am
Soalan peperiksaan yang bakal ditanya lebih kepada maklumat tentang pentadbiran negara Malaysia secara amnya. Sebagai bakal Penolong Pegawai Penerangan S27, calon perlulah mengetahui secara detail mengenai tugas-tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Penerangan, Visi dan misi samada kementerian penerangan, jabatan ataupun bidang.

Calon perlulah banyak membaca mengenai isu-isu semasa, teknologi maklumat dan juga apa jua perkara yang melibatkan hal pentadbiran awam, sosial ,teknologi maklumat dan juga dasar kewangan.

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Seksyen B merupakan seksyen yang paling sukar sekali kerana ada melibatkan pengiraan secara matematik dan juga statistik. Calon yang mempunyai daya kemahiran mengira mempunyai kelebihan. Soalan yang ditanya adalah setaraf dengan pendidikan di peringkat sijil pelajaran Malaysia.

Ada tiga cara menyelesaikan masalah yang perlu anda praktikkan semasa menjawab peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27. Antaranya ialah:

  1. Kemahiran Logik.
  2. Kemahiran Menginterpretasikan Data.
  3. Konsep Matematik.

Seksyen C – Ujian Psikometric
Ujian ini lebih ditekankan kepada untuk mencari personaliti sebenar diri anda. Secara tidak langsung soalan peperiksaan di seksyen ini akan cuba mempsiko anda. Anda hanya perlu enjawab YA ataupun TIDAK. Walaupun kebanyakan calon yang dipanggil untuk menghadapi peperiksaan online telah mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang. Tetapi seksyen ini juga telah berjaya menggagalkan ramai calon. Penjelasan lanjut dan lebih tepat, boleh rujuk di artikel Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27.

Advertisements

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: