Pegawai Tadbir Diplomatik: Format Soalan Peperiksaan 2016

Anda calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang akan berlangsung pada bulan januari ini. Kalau ya, jutaan tahniah aku ucapkan. Anda merupakan orang yang paling bertuah kerana memperolehi peluang untuk menjawat jawatan PTD. Jawatan yang paling popular di sektor perkhidmatan awam tetapi mencabar.

Pada masa sekarang ini ramai calon sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Tarikh peperiksaan semakin hampir. Mengikut pemberitahuan yang diumumkan oleh SPA, exam PTD akan diadakan pada 19 Januari 2016 pada sebelah malam secara online. Yup peperiksaan kali ini diadakan secara online.

Format peperiksaan online peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016 sedikit berbeza dari tahun sebelumnya. Mengikut penjelasan beberapa calon yang akan menduduki peperiksaan, format kali ini hanya mempunyai dua seksyen. Bukan lagi tiga seksyen sepertimana exam PTD pada tahun 2014.

Seksyen yang terdapat dalam exam online PTD 2016 adalah sebagaimana berikut:

  1. Seksyen A – Pengetahuan am.
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Tiada lagi ujian psikometrik(seksyen C) pada peperiksaan PTD kali ini. Pengalaman daripada calon sebelum ini, seksyen c banyak memerangkap calon kerana tidak cukup masa untuk menjawab soalan peperiksaan yang diberikan.

Tapi harus diingat walaupun tiada, ianya bukanlah satu perkara yang boleh dipandang mudah kalau tidak membuat persediaan yang betul.

Penjelasan secara terperinci boleh anda lihat di http://www.malaysiakerjaya.com/peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik.html

Advertisements

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: