Pegawai Tadbir Diplomatik: Format Soalan Peperiksaan 2016

Anda calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang akan berlangsung pada bulan januari ini. Kalau ya, jutaan tahniah aku ucapkan. Anda merupakan orang yang paling bertuah kerana memperolehi peluang untuk menjawat jawatan PTD. Jawatan yang paling popular di sektor perkhidmatan awam tetapi mencabar.

Pada masa sekarang ini ramai calon sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Tarikh peperiksaan semakin hampir. Mengikut pemberitahuan yang diumumkan oleh SPA, exam PTD akan diadakan pada 19 Januari 2016 pada sebelah malam secara online. Yup peperiksaan kali ini diadakan secara online.

Format peperiksaan online peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016 sedikit berbeza dari tahun sebelumnya. Mengikut penjelasan beberapa calon yang akan menduduki peperiksaan, format kali ini hanya mempunyai dua seksyen. Bukan lagi tiga seksyen sepertimana exam PTD pada tahun 2014.

Seksyen yang terdapat dalam exam online PTD 2016 adalah sebagaimana berikut:

  1. Seksyen A – Pengetahuan am.
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Tiada lagi ujian psikometrik(seksyen C) pada peperiksaan PTD kali ini. Pengalaman daripada calon sebelum ini, seksyen c banyak memerangkap calon kerana tidak cukup masa untuk menjawab soalan peperiksaan yang diberikan.

Tapi harus diingat walaupun tiada, ianya bukanlah satu perkara yang boleh dipandang mudah kalau tidak membuat persediaan yang betul.

Penjelasan secara terperinci boleh anda lihat diĀ http://www.malaysiakerjaya.com/peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik.html

Advertisements

Contest Review Lynk.my 2015

Masih ingatkah lagi artikel saya sebelum ini yang menceritakan tentang contest review lynk.my 2015. Didalam artikel tersebut saya ada menceritakan tentang review saya mengenai shortener url menggunakan Lynk.my. Jika anda belum faham, silakan baca semula artikel di review lynk.my.

Kali ini saya tidak lagi ingin menceritakan tentang review tersebut tetapi tentang contest review yang dianjurkan oleh Lynk.my. Jikalau anda belum tahu, lebih kurang dua hari lagi contest penghujung tahun 2015 nie melabuhkan tirainya. Kalau anda merupakan peserta contest, sila-sila lah jenguk SERP google.com.my tu. Mana tahu blog anda berada di top one google. Kalau masih dibawah kena tambah usaha lagi lah.

Itu sahaja saya nak tulis di sini. Akhir kata selamat berjaya diucapkan kepada semua peserta review lynk.my.

Review:Lynk.my Shortener Url Terbaru 2015

Sudah agak lama blog Belajar SEO Pontian tidak menerbitkan artikel terbaru. Semakin hari dirasakan semakin masa yang boleh diluangkan untuk mencoret sepatah dua kata di blog picisan ini. Terlalu banyak pekerjaan di dunia nyata yang perlu diselesaikan. Lagipun blog ini bukannya ada pembaca setia kerana ianya bukanlah blog review, blog contest ataupun sebagainya. Blog ini hanyalah sebagai blog sokongan kepada money site saya.

contest lynk.my 2015

Dikesempatan masa yang ada ini, saya ingin berbagi informasi dan membuat review tentang Lynk.my. Mungkin ada dikalangan pembaca yang masih belum tahu apakah itu lynk.my. Di bawah ini saya jelaskan serba sedikit mengenainya.

Lynk.my merupakan tool pemendek url keluaran orang Malaysia sebagaimana goo.gl, bit.ly dan seumpamanya. Walaupun nampak kerdil berbanding shortener url yang lain, akan tetapi lynk.my mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antara kelebihannya ialah cara penggunaan yang betul mampu memberikan pendapatan online secara sampingan.

Apa yang menarik tentang Lynk.my ialah mereka sedang menganjurkan sebuah contest mega dan ianya terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia. Contest tersebut dinamakan sebagai contest review lynk 2015. Contest lynk.my ini berlangsung dari 27 Oktober 2015 dan akan berakhir pada 27 Disember 2015.

Hadiah untuk pemenang contest ini amat lumayan sekali. Hadiah keseluruhan berjumlah RM4000. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan ini iaitu kategori Top SEO, Top Undi dan juga Top creative. Hadiah pertama bagi kategori top seo ialah wang tunai RM500, kategori top undi RM500 dan top creative berjumlah RM1000. Lumayan kan.

Bila hadiah lumayan, sudah pasti persaingan juga lumayan(sengit) terutamanya dari kategori top SEO. Saya kurang mengambil kisah tentang kategori yang lain kerana keputusannya terletak di tangan penganjur. Jadi kena tunggu penganjur umum baru tahu siapa yang jadi pemenang. Saya lebih meminati kategori SEO kerana pengadilan menggunakan carian google.com.my. Tanpa pengumuman daripada penganjur, kita sendiri boleh mengetahui siapa pemenang contest review dari Lynk.my ini.

carian pemenang contest review ini menggunakan google.com.my dan bukannya google.com ya. Kena ingat kerana keputusan carian agak berbeza kedua-duanya.

Walaubagaimanapun selamat berjuang kepada peserta contest review Lynk.my 2015.

Cara Menjahit Baju Kurung

Sudah agak lama pemilik Belajar SEO Pontian tidak menerbitkan artikel terbaru. Alhamdulillah nampaknya hari ini saya terbuka hati untuk berkongsi dengan saudara pembaca semua mengenai cara menjahit baju kurung.

Pasti saudara pembaca merasa pelik kenapa saya menerbitkan artikel mengenai baju kurung walhal kalau diikutkan pada niche blog ini ianya lebih berkisarkan mengenai SEO blog. Jawapannya mudah sahaja, kerana pada masa sekarang saya amat malas untuk memikirkan pasal SEO. Mungkin dilain waktu akan saya penuhkan artikel di blog mengenai cerita SEO.

baju kurung

Sepertimana yang kita tahu, apabila kita menyebut mengenai menjahit baju kurung, sudah tentu tumpuannya lebih terarah kepada perempuan. Ini kerana memang secara semulajadi orang perempuan suka menjahit baju ataupun membuat baju kurung. Jarang kedengaran orang lelaki yang perkara sedemikian. Ini kelebihan yang ada pada orang perempuan.

Berdasarkan situasi inilah, semakin hari semakin ramai orang perempuan yang mengambil upah untuk membuat baju kurung. Bagi yang masih belum memiliki kepandaian, maka mereka terpaksalah mencari tukang-tukang jahit untuk menjahit baju mereka. Atas faktor ekonomi semasa, semakin lama kos untuk menyiapkan sehelai baju kurung moden semakin meningkat. Kalau dulu upahnya boleh didapati sekitar RM30 hingga RM50 sehelai tetapi tidak lagi pada masa sekarang.

Atas faktor kenaikan kos inilah, saya mencadangkan supaya orang perempuan perlu mencari ilmu bagaimanakah cara menjahit baju kurung. Ada pulak yang kata, kos untuk belajar buat baju kurung pada masa sekarang amatlah tinggi. Tambahan pula lokasi pusat tuisyen agak jauh dari tempat kediaman ataupun kekangan masa ditempat kerja. Jadi mana sempat nak belajar.

Sebenarnya tanggapan sedemikian adalah salah sama sekali. Kalau anda memang berkeinginan untuk belajar buat baju kurung di rumah dengan lengkap dan murah, saya ada jawapannya. Anda boleh dapatkan panduan dan ilmu berikut dengan cara yang lebih murah dan boleh dipelajari dimana-mana sahaja tanpa kekangan masa melalui artikel – Belajar Buat Baju Kurung.

Melalui artikel tersebut akan diterangkan dengan lebih terperinci bagaimanakah cara untuk mendapatkan panduan tentang buat baju kurung dengan harga yang murah tetapi berkualiti dan boleh dipelajari dirumah. jadi tepuk dada tanya selera, anda mahu belajar ataupun tidak.

Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

Belajar SEO PontianPeperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 . Tarikh 15 April 2015 merupakan hari yang mendebarkan bagi kebanyakan calon yang terpilih untuk menduduki exam online bagi jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27. Tarikh tersebut telah diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia melalui laman facebook milik SPA.

Format peperiksaan online pada tahun 2015 ini tidak banyak berbeza dengan peperiksaan online Pegawai Psikologi Gred S41 yang telah diadakan pada 25 mac 2015. Format exam online ini dibahagikan kepada tiga seksyen:

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  3. Seksyen C – Ujian psikometric

Mengikut maklumat yang diterima daripada calon waktu untuk menjawab soalan peperiksaan seksyen A akan berlangsung selama 40 minit bermula daripada pukul 8.00 malam hingga 8.40 malam pada 15.april.2015.

Waktu menjawab soalan peperiksaan seksyen B iaitu bahagian daya menyelesaikan masalah bermula pada pukul 8.55 malam hingga 9.40 malam. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan adalah selama 45 minit.

Manakala waktu menjawab soalan seksyen C iaitu ujian psikometric pula akan bermula pada 9.55 malam hingga 10.25 malam.

calon-calon juga telah diberikan link yang perlu dilayari untuk menjawab exam online Penolong Pegawai Penerangan S27 beserta dengan angka giliran.

Seksyen A – Pengetahuan Am
Soalan peperiksaan yang bakal ditanya lebih kepada maklumat tentang pentadbiran negara Malaysia secara amnya. Sebagai bakal Penolong Pegawai Penerangan S27, calon perlulah mengetahui secara detail mengenai tugas-tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Penerangan, Visi dan misi samada kementerian penerangan, jabatan ataupun bidang.

Calon perlulah banyak membaca mengenai isu-isu semasa, teknologi maklumat dan juga apa jua perkara yang melibatkan hal pentadbiran awam, sosial ,teknologi maklumat dan juga dasar kewangan.

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Seksyen B merupakan seksyen yang paling sukar sekali kerana ada melibatkan pengiraan secara matematik dan juga statistik. Calon yang mempunyai daya kemahiran mengira mempunyai kelebihan. Soalan yang ditanya adalah setaraf dengan pendidikan di peringkat sijil pelajaran Malaysia.

Ada tiga cara menyelesaikan masalah yang perlu anda praktikkan semasa menjawab peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27. Antaranya ialah:

  1. Kemahiran Logik.
  2. Kemahiran Menginterpretasikan Data.
  3. Konsep Matematik.

Seksyen C – Ujian Psikometric
Ujian ini lebih ditekankan kepada untuk mencari personaliti sebenar diri anda. Secara tidak langsung soalan peperiksaan di seksyen ini akan cuba mempsiko anda. Anda hanya perlu enjawab YA ataupun TIDAK. Walaupun kebanyakan calon yang dipanggil untuk menghadapi peperiksaan online telah mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang. Tetapi seksyen ini juga telah berjaya menggagalkan ramai calon. Penjelasan lanjut dan lebih tepat, boleh rujuk di artikel Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27.

Peperiksaan Pegawai Psikologi S41

Belajar SEO PontianPeperiksaan Pegawai Psikologi S41. Mungkin ramai yang tidak menyangka Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengadakan peperiksaan bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 pada 25 mac 2015. Tetapi itulah kenyataannya. Ini merupakan exam online yang pertama pada tahun 2015 ini.

Format peperiksaan pada tahun 2015 ini tidak banyak berbeza dengan peperiksaan online Pegawai Penguasa Kastam W41 yang diadakan pada tahun 2014. Format peperiksaan dibahagikan kepada tiga seksyen sebagaimana dinyatakan dibawah ini:

  • Seksyen A – Pengetahuan AM
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C – Ujian psikometric

Mengikut maklumat yang diterima daripada calon waktu untuk menjawab soalan peperiksaan seksyen A akan berlangsung selama 40 minit bermula daripada pukul 8.00 malam hingga 8.40 malam pada 25.03.2015.

Waktu menjawab soalan peperiksaan seksyen B iaitu bahagian daya menyelesaikan masalah bermula pada pukul 8.55 malam hingga 9.40 malam. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan adalah selama 45 minit.

Manakala waktu menjawab soalan seksyen C iaitu ujian psikometric pula akan bermula pada 9.55 malam hingga 10.25 malam.

calon-calon juga telah diberikan link yang perlu dilayari untuk menjawab exam online tersebut beserta dengan angka giliran.

Seksyen A – Pengetahuan Am
Soalan-soalan yang bakal ditanya lebih menjurus kepada maklumat tentang psikologi dan juga kaunseling. Sebagai bakal Pegawai Psikologi S41, acalon perlulah mengetahui secara detail mengenai tugas-tugas sebagai seorang Pegawai Psikologi, Visi dan misi samada jabatan ataupun bidang.

Calon perlulah banyak membaca mengenai isu-isu semasa, teknologi maklumat dan juga apa jua perkara yang melibatkan hal pentadbiran awam, sosial ,psikologi dan juga kaunseling.

Seksyen B – Daya menyelesaikan masala
h

Seksyen B merupakan seksyen yang paling sukar sekali kerana ada melibatkan pengiraan secara matematik dan juga statistik. Calon yang mempunyai daya kemahiran mengira mempunyai kelebihan. Soalan yang ditanya adalah setaraf dengan pendidikan di peringkat sijil pelajaran Malaysia.

Ada tiga cara menyelesaikan masalah yang perlu anda praktikkan semasa menjawab peperiksaan Pegawai Psikologi S41. Antaranya ialah:

  • Kemahiran Logik.
  • Kemahiran Menginterpretasikan Data.
  • Konsep Matematik.

Seksyen C – Ujian Psikometric
Ujian ini memang sesuai dengan jawatan yang dipohon oleh calon sebagai seorang Pegawai Psikologi S41. Anda akan dipsikokan dengan jawapan YA ataupun TIDAK. Kebanyakan calon yang dipanggil untuk menghadapi peperiksaan online telah mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dalam bidang psikologi. Tetapi seksyen ini juga telah berjaya menggagalkan ramai calon. Penjelasan lanjut anda boleh rujuk di artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41.

Ramalan SEO Untuk Tahun 2015

Ini merupakan satu perbuatan yang paling berisiko yang boleh kita lakukan tentang ramalan SEO 2015. Ini kerana ianya sentiasa menjadi misteri bagaimana akan google lakukan di pertengahan tahun akhir tahun dan juga tahun baru. Walaubagaimanapun saya akan cuba belajar bagaimana mempraktikkan SEO dengan terbaik awal tahun 2015 ini.Dengan mengambil kira apa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini, ia adalah selamat untuk mengatakan perkara-perkara yang kita pasti akan melihat terus perkara yang sama berlaku pada Malaysia Best Blog pada tahun 2015. Dengan menjadikan Panda dan Penguin sebagai penanda kita boleh menggunakan strategi Pemasaran Internet anda di luar konsep SEO dan berusaha mendapatkan lebih berdaya saing.

ramalan seo 2015

SEO Best Praktik elemen untuk tahun 2015

Sampai saat ini sahaja saya membicarakan ramalan SEO 2015 melalui gambar diatas. Tidak perlu diperjelaskan dengan lebih lanjut kerana gambar itu sudah menceritakan segala-galanya dan boleh anda praktikkan kepada best blog 2015 yang anda kagumi. Mungkin selepas melakukan beberapa pembetulan mengikut SEO Best Praktik elemen, kebarangkalian blog kita berada di page one google malaysia pada tahun 2015 ini menjadi lebih mudah.